Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala puji-pujian bagi Allah pencipta alam semesta.
Selawat dan salam ke atas junjungan kita,
nabi Muhammad SAW.
selawat dan salam kepada kaum keluarga dan juga tidak lupa kepada
sahabat-sahabat baginda yang kita kasihi.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Email ini kakros petik dari salah satu group yang lain.
meski pun ianya di tuju kepada kaum remaja namun bagi kita yang dewasa ini
juga tidak terlepas melakukannya.
Oleh itu sama-samalah kita mengambil iktibar di bawah ini agar kita juga
dijaui dari pada melakukan
perkara-perkara yang tak sepatutnya kita lakukan.
Jika ada di antara kita yang masih mengamalkannya di harap mulai tahun
hadapan hentikanlah perbuatan tersebut.
Sekian Wassalam.
Remaja Islam Dikepung Budaya Kufur
PERNAHKAH anda berjalan-jalan pada bulan Februari di pusat beli-
belah, kedai-kedai buku, atau ke mana-mana sahaja dan cuba perhatikan
di sekeliling anda, di dinding-dinding atau langit-langit terpampang
gambar warna merah jambu, ada yang berbentuk dua buah hati jambu dan
sebagainya yang pastinya akan mengundang pelbagai perasaan dalam hati.
Memangnya, ada apa dengan bulan Februari ini, sehinggakan banyak
terpampang gambar hati merah jambu? Di antara meriahnya warna merah
jambu terpampang tulisan besar-besar `Happy Valentine Day', di
televisyen dan radio, majalah mahupun akhbar juga seolah-olah tidak
ingin ketinggalan menampilkan iklan Hari Valentine, memanfaatkan
isu `valentine day' dengan menyelenggarakan pelbagai acara yang
kebanyakkannya boleh merosakkan akhlak muda mudi dan para remaja.
Apa yang jelas, Valentine Day bukan saja diraikan oleh para remaja,
tetapi juga oleh para ibu bapa terutama di kota-kota besar seperti
Kuala Lumpur ini. Maka penuh sesaklah restoran-restoran mewah, hotel-
hotel mewah dan ruang-ruang mewah dengan acara memperingati kekasih
dengan cara yang di luar batas-batas kehendak Islam.
Pandangan Islam terhadap perayaan Valentine Day telah jelas haram dan
terkeluar dari syariat Islam. Juga jelas haram dan membelakangkan
syariat Islam mengenai aktiviti para remaja yang ikut-ikutan
merayakan `valentine day' dengan membabi buta, disertai aktiviti
campur baur antara lawan jenis, dan perbuatan maksiat lain.
Islam adalah akidah dan syariah, di dalamnya terkandung aturan
seluruh kehidupan manusia. Tidak ada satu pun kehidupan yang tidak
diatur oleh Islam, dan setiap Muslim wajib `mengikat' seluruh
perbuatannya dengan hukum syarak, diharamkan ia melakukan perbuatan
tanpa mengetahui status hukumnya, sebagaimana kaedah fekah,
mengatakan `al aslu fi al af'al ataqiyudu li al hukmi syar'i' yang
bermaksud `Asal (pokok/hukum) perbuatan itu terikat dengan hukum-
hukum syarak.'
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
"Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga
mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka
perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu
keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima
dengan sepenuhnya." (An-Nisa: 65)
Firman Allah s.w.t lagi yang bermaksud:
"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa
yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu
mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak
memalingkan kamu daripada sebahagian apa yang telah diturunkan Allah
kepadamu. Jika mereka berpaling (daripada hukum yang telah diturunkan
Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan
menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa
mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang
fasik." (Al-Maidah: 49)
Jelaslah daripada ayat-ayat di atas, setiap Muslim wajib mengikatkan
seluruh perbuatannya dengan apa yang Allah telah turunkan dalam al-
Quran dan Sunnah, dan dilarang keras kita mengambil hukum selain dari
hal tersebut. Tidak dijadikan akidah Islam sebagai ikatan pemutus
seluruh perbuatan manusia dewasa ini merupakan faktor kenapa ramai
remaja sekarang terperosok dalam perbuatan haram, di samping itu
ketidakfahaman mereka terhadap hal tersebut, dan budaya ikut-ikutan
memainkan peranan ini.
`Berkasih-sayang' versi Valentine ini, haruslah diketahui terlebih
dahulu hukumnya, lalu diputuskan apakah akan dilaksanakan atau
ditinggalkan. Dengan melihat dan memahami asal-usul serta fakta
pelaksanaan Valentine Day, sebenarnya perayaan ini tidak ada sangkut-
pautnya sedikit pun dengan corak hidup seorang muslim. Tradisi tanpa
dasar ini lahir dan berkembang dari segolongan manusia (kaum/bangsa)
yang hidup dengan corak yang sangat jauh berbeza dengan corak hidup
berdasarkan syariat Islam yang agung.
Jika kita fahami nas-nas syarak dengan lebih mendalam, akan kita
dapati aturan yang tegas terhadap masalah ini, antara lain firman
Allah s.w.t yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui
tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya
akan diminta pertangggungjawaban." (Al-Isra': 36)'
Di sini amatjelas Valentine Day adalah budaya orang kafir, yang
terang-terang kita dilarang untuk mengamalkannya. Dalam hal ini, kita
dilarang menyerupai budaya yang lahir daripada peradaban kaum kafir,
yang jelas bertentangan dengan akidah Islam, sementara yang boleh
diambil daripada semua orang (termasuk kafir) adalah dalam masalah
teknologi, budaya yang tidak lahir dari pandangan hidup mereka;
seperti bahasa asing, menanam padi yang baik, membuat kapal terbang,
komputer, kenderaan bermotor, kereta dan lain-lian lagi bahkan kita
dituntut untuk mendalami ilmuilmu tersebut.
Hal ini diperkuatkan dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk daripada
golongan mereka." (Riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad daripada Ibnu Umar)
"Tidak termasuk golonganku orang-orang yang menyerupai selain
golongan umatku (umat Islam)." (Riwayat Tirmidzi daripada Amru bin
Syu'aib).
Maka, sangat jelas kita tidak dibolehkan `tashabuh', menyerupai,
meniru-niru cara hidup orang kafir yang lahir dari pandangan
hidupnya, sudah seharusnya kita tinggalkan semua budaya kufur
tersebut jauh-jauh.
Aktiviti muda-mudi ketika merayakan `valentine day' juga banyak yang
melanggar syarak, mereka melakukan aktiviti berdua-duaan/khalwat,
antara berlainan jantina, saling bercumbuann, berpegangan tangan,
kadang-kadang dilakukan secara ramai-ramai, bercampur gaul lelaki dan
wanita yang bukan mahram, disertai dengan alunan muzik, saling rayu-
merayu. Padahal sudah sangat jelas bahawa hukum asal kaum wanita dan
lelaki adalah terpisah sebelum ada dalil / keperluan syarie yang
menuntut bertemunya mereka, misalnya berniaga, bekerja, beribadah,
menunaikan haji, solat, menikah, dan sebagainya. Itupun mereka harus
memperhatikan syarat-syarat pergaulan / akhlak wanita berhubungan
dengan lelaki, menutup aurat dengan memakai kerudung dan jilbab,
tidak berdandan berlebihan, dan sebagainya.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa melakukan amalan yang tiada didasari perintahku (Quran
dan Sunnah), maka amal perbuatannya tertolak." (Riwayat Ahmad)
Sesungguhnya, ikut merayakan hari `valentine' adalah tindakan
tercela, dan haram bagi kaum Muslimin untuk merayakannya. Valentine
sendiri akar kemunculannya daripada orang kafir, Barat, lebih-lebih
lagi kemunculan tersebut berasal daripada budaya Yahudi, maka sudah
sepatutnya kaum muslimin wajar meninggalkan hal tersebut.
MENENTUKAN SIKAP
Amat jelas sikap yang harus diambil oleh kaum muslimin, bahawa
merayakan hari `valentine' bermaknai meniru adat/budaya kufur kaum
lain, padahal kita dilarang untuk mengikutnya, mengambil cara hidup
yang lahir daripada akidah selain Islam, seperti valentine day, juga
pemahaman hak asasi manusia, kapitalisme, sosialisme dan lain-lain
lagi.
Sudah cukup kita hanya mengambil pandangan hidup yang lahir daripada
akidah Islam kerana sudah jelas bahawa Islam adalah agama yang
sempurna.
Begitu juga Allah s.w.t telah menyuruh umat-Nya supaya
mengikuti'standard' halal-haram, menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai
ikutan, mengambil apa yang dicontohkannya dan meninggalkan perkara
yang dilarangnya, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada Rasul-
Nya (daripada harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka
adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-
orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu
jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu. Apa
yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang
dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya." (al-Hasyr: 7)
Maka, apa lagi yang kita tunggu selain meninggalkan bentuk ikutan
acara `valentine day' itu. Marilah serkarang kita mulai meninggalkan
sesuatu yang memang wajib diingkari, dan memulai untuk berusaha
menerapkan ajaran-ajaran Islam, memilih mana perkara yang tidak
bertentangan dengan Islam kita ambil, sementara perkara yang
bertentangan dengan Islam kita tolak dan tinggalkan.
Hendaknya kita renungkan katakata ahli sosiologi Ibnu Khaldun, "Yang
kalah cenderung mengikut yang menang, daripada aspek pakaian,
kenderaan, bentuk senjata yang dipakai, malah meniru dalam setiap
cara hidup mereka, termasuk di sini adalah mengikuti adat istiadat
mereka."
Hal itu selaras dengan apa yang telah disabdakan Rasulullah s.a.w
yang bermaksud:
"Tidak akan kiamat sebelum umatku mengikuti apa-apa yang dilakukan
bangsa-bangsa terdahulu, selangkah demi selangkah, sehasta demi
sehasta.' Di antara para sahabat ada yang bertanya: `Ya Rasululah,
apakah yang dimaksudkan (di sini) adalah bangsa-bangsa Yahudi dan
Nasrani?' Rasulullah menjawab: `Siapa lagi (kalau bukan mereka).'"
(Riwayat Bukhari)
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga
kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: `Sesungguhnya petunjuk Allah
itulah petunjuk (yang benar)'. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti
kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak
lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." (al-Baqarah: 120)
Langganan:
Posting Komentar (Atom)

0 komentar:
Posting Komentar
thanks for your coment..